top of page

TERMA & SYARAT PENYERTAAN

KELAYAKAN MENJADI Ahli/Dealer & Top Dealer:

  1. Pemohon yang genap usia 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan adalah layak memohon menjadi pengedar GADGET REPUBLIK.

  2. Semua permohonan mestilah didaftarkan oleh seseorang yang telah menjadi pengedar GADGET REPUBLIK yang sah. Sekiranya anda hadir ke laman web GADGET REPUBLIK dan tidak mengenali sesiapa, anda masih boleh memohon menjadi Ahli/Dealer atau Top Dealer dan didaftarkan oleh ADMIN. Pastikan anda membaca cara-cara mendaftar dan arahan SMS.

  3. Setiap pemohon harus mendaftar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan mesti didaftarkan oleh salah seorang yang telah mendaftar secara sah dengan GADGET REPUBLIK

  4. Seseorang pengedar GADGET REPUBLIK yang telah mendaftar secara sah, tidak boleh mengaku atau memperkenalkan diri sebagai wakil syarikat, sebaliknya mereka hanya dibenarkan memperkenalkan diri mereka sebagai pengedar berdaftar GADGET REPUBLIK sahaja.

  5. Setiap permohonan harus disertakan dengan bayaran TUNAI sebagai yuran pendaftaran dan bayaran itu harus diserahkan terus sebaik sahaja pendaftaran disahkan oleh ADMIN GADGET REPUBLIK. Pihak GADGET REPUBLIK tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi kes penipuan wang tunai akibat daripada kesilapan Ahli/Dealer atau Top Dealer yang tidak mengambil bayaran TUNAI terus daripada pemohon yang ingin mendaftar.

  6. Setiap individu hanya terhad untuk membuat sekali pendaftaran sahaja di dalam satu-satu masa. Sekiranya anda mempunyai dua maklumat bersamaan serentak, kedua-dua keahlian anda akan dibatalkan serta-merta. Wang pendaftaran anda juga tidak akan dikembalikan.

  7. Pihak GADGET REPUBLIK mempunyai hak mutlak untuk menolak sebarang permohonan pengedar tanpa memberi alasan yang munasabah.

 

Pengesahan:

Anda telah memperakui bahawa anda telah membaca dan memahami keseluruhan Terma dan Syarat ini. Penggunaan laman web GADGET REPUBLIK, selepas pengaktifan pendaftaran ini, tertakluk kepada penerimaan semua syarat yang ditetapkan oleh Terma dan Syarat ini. Anda telah mengesahkan anda layak untuk menerima Terma dan Syarat ini. Anda juga mengesahkan bahawa anda berumur melebihi 18 tahun. Segala maklumat yang anda berikan untuk pendaftaran adalah benar, sah dan tepat.

 

Dengan mendaftar sebagai Ahli/Top Dealer GADGET REPUBLIK ini, anda telah bersetuju bahawa:-

  1. Anda telah menjadi pelanggan GADGET REPUBLIK dan Ahli/Top Dealer program Rakan Perniagaan GADGET REPUBLIK serta layak menikmati semua program yang ditetapkan bersamanya.

  2. Anda harus mengemaskini maklumat pendaftaran kepada GADGET REPUBLIK jika terdapat sebarang perubahan.

  3. Membenarkan pihak GADGET REPUBLIK untuk mengesahkan maklumat yang diberikan oleh anda semasa pendaftaran dan pengaktifan keahlian anda di dalam GADGET REPUBLIK melalui pihak ketiga jika diperlukan.

  4. Bertanggungjawab atas segala kos dan caj yang dikenakan sewaktu pendaftaran dan pembelian produk dari laman web GADGET REPUBLIK ini.

  5. Berjanji dan bersetuju untuk sentiasa melindungi hak, maklumat, gambar, teks, promosi dan apa jua yang berkaitan dengan GADGET REPUBLIK terhadap sebarang penipuan, ketidaktepatan penerangan dan pelanggaran undang-undang yang disebabkan penggunaan Perkhidmatan ini yang boleh menyebabkan kerugian, kerosakan dan kehilangan pendapatan kepada GADGET REPUBLIK.

  6. Mendapatkan perkakasan yang bersesuaian untuk menggunakan Perkhidmatan ini. Contohnya: Mobile GSM phone, smartphone, SMS, MMS muat turun dan muat naik dan sebagainya.

  7. Melihat, membaca dan mendengar maklumat, berita, info dan promosi daripada GADGET REPUBLIK dari semasa ke semasa bagi membolehkan  GADGET REPUBLIK terus memberikan perkhidmatan dan pakej-pakej yang menarik serta perkhidmatan terbaik.

  8. Membenarkan GADGET REPUBLIK mengakses maklumat akaun anda, sebagai tindakbalas atas isu perkhidmatan atau teknikal atau juga berkaitan dengan aktiviti pemasaran.

  9. Sentiasa menjaga dengan rapi, merahsiakan maklumat, harga jualan, perkhidmatan, promosi yang berlangsung di GADGET REPUBLIK demi kepentingan Ahli/Top Dealer

 

Penerimaan & Penggunaan:

Anda adalah bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala tindakan dan kesilapan anda semasa menggunakan Perkhidmatan ini. Anda juga bersetuju untuk tertakluk di bawah undang-undang dan peraturan Perkhidmatan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Malaysian Communication and Multimedia Commission) yang anda rujuk atau boleh diperolehi di laman web: www.skmm.gov.my.

 

Perkhidmatan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan yang tidak menyalahi undang-undang. Anda juga bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan yang anda hantar melalui laman web GADGET REPUBLIK ini dan anda mengetahui serta menyedari bahawa GADGET REPUBLIK dan/atau entiti berkaitannya hanyalah sebagai perantara untuk penghantaran dan pengedaran data. Sebagai contoh dan tidak terhad kepada contoh ini, anda bersetuju untuk tidak menggunakan Perkhidmatan GADGET REPUBLIK ini seperti berikut:

  1. Untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang Negara atau apa-apa tujuan yang menyalahi kepentingan awam dan keharmonian Negara, atau

  2. Menerbit atau mengedar sebarang maklumat atau bahan yang berunsur fitnah, lucah dan menyalahi undang-undang serta kesalahan kepada nilai masyarakat , atau

  3. Menghantar atau pos melalui Perkhidmatan  ini bahan yang menyalahi undang-undang, menghina, penyataan fitnah, cacian, lucah/gangguan seks, penghinaan kaum/agama dan sebagainya.

 

Hak-hak termaktub & keistemewaan:

GADGET REPUBLIK berhak untuk menamatkan Perkhidmatan kepada anda pada bila-bila masa tanpa memberikan apa-apa alasan atau makluman jika anda melanggar Terma dan Syarat atau jika anda didapati memberikan maklumat yang salah semasa proses pendaftaran Perkhidmatan ini.

 

GADGET REPUBLIK berhak untuk menambah, meminda atau menamatkan sebarang insentif, promosi, perkhidmatan, kadar atau caj tanpa sebarang notis.

 

Perkhidmatan percuma GADGET REPUBLIK adalah tertakluk kepada Polisi Penggunaan Adil (Fair Use Policy). Di bawah polisi ini, jika anda menggunakan Perkhidmatan secara berlebihan, kami akan memaklumkan kepada anda untuk menyederhanakan penggunaan anda. GADGET REPUBLIK berhak untuk mengenakan caj lazim, menggantung atau menamatkan Perkhidmatan ini tertakluk kepada Perjanjian ini.


Tempoh Bertenang:

Sekiranya anda mendapati produk yang dibeli adalah berkualiti rendah atau berlaku kecacatan berpunca dari kecuaian pengilangan, GADGET REPUBLIK memberi jaminan adalah seperti berikut:

  1. 1 tahun jaminan dari pengedar untuk Transceiver/Software

  2. 1 minggu jaminan untuk Battery, Charger & Usb Cable

  3. 1 minggu jaminan untuk Kamera, speaker, microfon yang gagal berfungsi

 

Bagaimanapun, jaminan produk ini tidak merangkumi kerosakan yang disebabkan oleh tamat tempoh sah, kecuaian dan perbuatan yang disengajakan oleh anda sendiri. Antaranya adalah seperti berikut:

  1. Terdapat kesan calar pada skrin, body luar atau dalam

  2. Kesan jatuh

  3. LCD skrin pecah di dalam atau di luar

  4. Kecuaian anda sendiri.

 

Tempoh yang berikut adalah diperlukan untuk masa baik pulih jika difikirkan perlu:

  1. Aksesori 2/3 hari

  2. Batteri 2/3 hari

  3. LCD screen 1 bulan

  4. Touch screen 2/3 minggu

  5. Button 1 minggu

  6. Speaker 2/3 hari

  7. Line & Connection 2/3 hari

  8. Lain-lain yang lebih ktitikal diantara 1/2 minggu

  9. Security lock 2/3 hari

  10. Phone lock 2/3 hari

  11. Sim lock 1 minggu

 

SYARAT INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA TEMPOH BERTENANG SELAMA EMPAT BELAS (14) HARI KERJA.

BARANG YANG TELAH DIBELI TIDAK BOLEH DITUKAR DENGAN WANG.

 

Program MEMBERSHIP GADGET REPUBLIK :

Dengan membayar yuran penyertaan, anda telah bersetuju untuk menyertai program MEMBERSHIP GADGET REPUBLIK iaitu program untuk Ahli/Top Dealer menjana pendapatan dengan syarat berikut:

  1. Anda bersetuju untuk membayar yuran penyertaan bernilai RM69.00 untuk Ahli/Dealer GADGET REPUBLIK dan RM150.00/setahun untuk yuran TOP DEALER GADGET REPUBLIK

  2. Anda mesti memperkenalkan kepada sekurang-kurangnya 10 pengguna lain untuk melayakkan anda menerima Bonus Handphone percuma.

  3. Sekiranya anda telah memenuhi kesemua kuota level anda (bagi AHLI/DEALER), anda telah kehilangan hak sebagai ahli/dealer dalam Program MEMBERSHIP GADGET REPUBLIK serta semua manfaat yang disertakan di dalam program ini. Walaubagaimanapun, anda boleh melanggan semula Program MEMBERSHIP GADGET REPUBLIK untuk menikmati semula hak sebagai ahli/dealer Program MEMBERSHIP GADGET REPUBLIK

  4. Bagi TOP DEALER, anda mempunyai masa 1 tahun keahlian bermula dari tarikh dan masa anda mendaftar dalam Program Program MEMBERSHIP GADGET REPUBLIK

 

Umum:

GADGET REPUBLIK tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan, kerosakan, kos, kecederaan atau perbelanjaan yang ditanggung oleh anda semasa menggunakan Perkhidmatan kami, disebabkan perkara berikut:

  1. Kawalan dan mandat oleh pihak berkuasa, peperangan, darurat, mogok, kemalangan, kebakaran, kilat, ketiadaan elektrik, kerosakan dan kegagalan peralatan untuk berfungsi.

  2. Sebarang tindakan, kesilapan, kesalahan dan kecuaian oleh GADGET REPUBLIK atau rakan niaga.

  3. Penggunaan Perkhidmatan GADGET REPUBLIK yang tidak sah oleh pihak ketiga.

  4. Terma dan Syarat ini adalah tertakluk di bawah undang-undang Malaysia.

  5. Terma dan Syarat ini adalah tertakluk kepada pindaan tanpa sebarang notis dan atas hak mutlak GADGET REPUBLIK.

bottom of page